Khamis, 25 Julai 2013

Assalamualaikum

Hai semua! Alhamdulillah, dah 16 hari berpuasa. Baru ni berpeluang nak update entry. Semua puasa penuh tak? yang perempuan tak nak tau lah kan, yang lelaki ni, bakal jadi imam, bakal jadi ketua keluarga, bakal jadi wali, jadi jaga lah amalan wajib tu.

berbalik kepada cerita bulan Ramadan ni kan, nampak ramai sangat pergi solat tarawih. Alhamdulillah lah. tapi sayang nya, ramai jugak budak yang biasa freehair join sekali. bukan nak kata salah, tapi belajar lah tutup rambut tu pelahan-lahan, kan? lagi satu, janganlah ibadah sunat macam solat tarawih tu buat, tapi solat 5 waktu yang wajib tu pulak awak tinggalkan. dah terbalik lah namanya..

Entry yang terbaru ni sebenarnya bukannya nak buat cerita pasal bulan Ramadan je, tapi nak cerita pasal trial-SPM. Ya Allah, tak lama dah ni, study form4 pun tak habis, nak backup form5 lagi. InsyaAllah, kena usaha lebih sikit. Masalahnya sekarang ni perangai tak berubah, online je selalu. hmmmm.

semalam bulan penuh, mesti cantik kan? hmm, semalam malam tak keluar rumah pun, so, tak dapat nak nikmati keindahan ciptaan Allah tu. Actually minat sangat tengok bulan penuh, rasa tenang je. bila cakap bulan penuh, dah tak lama lagi nak habis Ramadan. hmm, walaupun hampir dengan Aidilfitri, rasa sedih nak tinggal Ramadan, mana lah tahu kalau kalau kita tak sempat nak sambut Ramadan lagi tahun depan, siapa tahu ke?

okay lah, sampai sini je lah dulu merapu ye? haha, ada ke orang nak baca? entahlah. rasanya macam nak edit blog ni, nampak macam too simple. nak ubah selera sekali sekala, apa salahnya kan? hikhik. okay bye, Assalamualaikum. xoxo, Dalily


Tiada ulasan:

Catat Ulasan