Sabtu, 3 Ogos 2013

Assalamualaikum

hola semua! haha, harini tak tau nak uptade pasal apa. tapi nak cerita pasal semalam dan pagi ni, kot ==''

okay, cerita pasal semalam, ada checking kat sekolah secara mengejut ala ala terkejut beruk gitu. hmm, bagi aku aku tak risau sangat, sebab aku tak ada bawak barang larangan. actually pepagi tu spotcheck budak lelaki je. tapi kalau dah buat salah tu, mesti diorang usaha jugak nak sorok jangan bagi kantoi. bebudak perempuan pun ada jugak tolong simpan barang barang terlarang kan? at last satu sekolah cikgu check. okay abis.

next story, semalam yang best nya hari jumaat last yang boleh dikategorikan enjoy lah. almaklum lah, hari akhir sebelum cuti raya kan? kononnya buat lah 'shooting' dengan budak budak kelas. untuk jadikan video. yang hangin satu badan nya ada lah classmate yang ajet handsome kacau aku. actually bukan kacau aku, tapi kacau kebanyakan classmate perempuan dalam kelas. mana tak nya, ada ke patut dia pergi ambik camera Tipa (classmate) then dia curi curi snap. tang tu tak sakit lagi, yang lagi sakit diorang (classmate lelaki) bantai gelak tengok muka muka 'cun plus comel' kitorang, especially aku yang paling 'comel' dalam kelas tu lah. pergh! dah lah aku paling 'comel' dia pulak pergi snap candid pulak. bertambah tambah 'comel' aku. kambing golek betul kau shah -,-

okay habis. now nak story mory pasal harini pulak. ada kelas sejarah. dan sah sah lah kelas tu akan berjumpa dengan mama tersayang. aduh. yang haru nya sebab ada test. alamak aii. otak aku yang kurang oksigen ni dengan pasrah nya buat keluar buku conteng (tertinggal buku latihan) dan salin soalan dengan lemah lembut -,- dan ruangan jawapan aku suci murni. alih alih aku tengok bebudak lelaki setendert je diorang bukak buku rujukan. hampeh sungguh. bila mama tengok buku anak dia yang suci murni ni, dapat lah penumbuk 3 das kat lengan. hahaha. why mama why? kenapa tangan jadi sasaran? aku dah la lemah tang tangan ni haa. nasib baik 'lumpuh' sekejap je. kuikui.

entry kali ni bosan. aceceh, macam sebelum sebelum ni menarik je kan? hahaha. kayy tak lawak -,-
by the way, selamat bercuti semua, sesiapa yang balik kampung tu moga selamat perjalanan pergi dan balik :)
xoxo, Dalily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan