Sabtu, 30 November 2013

Bosan

Assalamualaikum semua!
tajuk utama telah menunjukkan perasaan aku sekarang ni. BOSAN !

bila dah habis SPM begini pula jadinya. hmm, kecelaruan maklumat sebenarnya, tak tahu nak buat apa. dua pilihan, sama ada nak sambung belajar atau kerja.

mak: kakak nak kerja ke nak sambung belajar kat kolej komuniti nuh?
me: entah lah mak, mak rasa?
mak: belajar lah bagus, tapi kalau nak kerja mak boleh tolong cari
me: kerja apa? kat mana?
mak: kerja ngan cik ita, buat kek, kuih. dekat sikit dengan rumah, solat pun senang
me: haa? errr. hmm, nanti ah pikir.
mak: kenapa? tak suka ke?
me: bukan. err. takde apa. cuma malas pikir lagi, hee
mak: elleh, ye lah tu. kakak nak apa sebenarnya
me: kakak pun tak tau *angkat bahu* yang pasti nak habiskan buat lesen P dulu. lepas tu baru lah rancang itu ini
mak: haa. bagus lah tu
me*nak pakai handphone baru*
me: tapi kan mak, kakak rasa kakak nak kerja kot. kot nye la~
mak: kenapa? nak beli tepon baru?
me: heeee~
mak: ikut lah, kalau nak phone baru kena guna duit sendiri
me: tahu *cakap perlahan*
mak: kawan kawan kakak macamana?
me: diorang kerja kebanyakkan nya
mak: kerja apa? kat mana?
me: jakel
mak: owoh, bando nuh?
me: hollah. diorang mana nak kerja area sini, takde class lah mak
mak: elleh, mengada nak ada class class nye lah. abis tu, kakak nak join diorang?
me: malas ah. tapi aten ada jugak ajak, sebab nak pakai orang
mak: gaji berapa?
me: RM1200 kot. time ecah dulu gitu ah, tapi campur OT ngan point belake ah
mak: hmm, banyak tu, lepas dah nak beli barang
me: tu ah
mak: dah tu? nak kerja tak?
me: taktau
mak: hmm, malas cakap dengan kau ni, belake tak tahu. tah pape tah
me: hahaha. dah tu, betul lah
mak: malas layan dah, dah tolong mak jemur kain ni
me: kayy .__.

hahahaha, begitulah scene yang berlaku di antara emak dan anaknya yang comel ni. kahkahkah. perasan comel? biar lah. tak salah pun, tak suka sudah :D

dan sampai sekarang, aku tak tahu nak buat apa. takkan nak makan tidur je kat rumah ni. gedempol lah aku jawabnya -,-

aku kena buat sesuatu! tengok lah macamana nanti. hmm.

sampai sini je dulu aku merapu. badan tak sihat ni. doakan result SPM aku okay ye :")
pergi dulu ya semuanya! daaaa~ Assalamualaikum :)


me"err. ada ke yang baca blog aku ni? entah lah -,-"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan