Selasa, 17 Disember 2013

Luahan Perasaan

Assalamualaikum semua ~
hari ni baru online. haha. semalam seharian tak online. nak buat macamana. tak larat. tidur je kerja aku semalam.

sakit sakit dan terus sakit. hmm. aku pun tak tahu lah kenapa aku selalu sangat sakit. mula mula cuma batuk, tetiba selsema then semalam badan panas. thats why aku tak online. rasa lebih baik kalau aku tidur je, alah, setakat sehari tak online, bukan ada siapa peduli pun. aku lak boleh nafikan aku rindu sangat dengan makhluk makhluk Allah yang selalu aku kacau, yang selalu kacau aku, hehe, tapi nak buat macamana, tak sihat kan?

aku online, check ask.fm tapi takde pulak makhluk Allah yang selalu buat aku takut, buat aku ketawa baca soalan gila diorang, haha, dah bosan nak tanya aku kot. biar lah~

aku dah dapat tahu yang syarfa dah balik kuantan, happy je rasa, cuma tak tahu bila nak face to face dengan dia. malas, tak larat dan aku rasa dia pun mesti penat lagi. nanti nanti je lah jumpa, time nak hangout ke ((tu pun kalau hangout)).

oh, kawan kawan dah makin ramai yang start kerja, aku je still terperuk dalam rumah ni. haih, tak boleh jadi, kena jugak cari duit, nak topup sikit duit untuk sambung belajar plus nak guna phone baru TT_TT sedih gila rasa, ayah still kata "kalau nak kerja boleh lah topup duit sambung belajar kakak tu" hmm, aku tak boleh nak nafikan, sebab adik adik pun tengah belajar, terpaksa lah aku slow slow berdikari, ye dak? haha, bila lagi nak belajar cari duit hasil titik peluh sendiri.

oh! aku nak lepaskan geram, semalam salah satu sebab aku tidur je sebab aku menangis dalam diam. hahaha. frust gila weh! berat aku bertambah! Ya Allah! Allah je lah yang tahu bertapa sakit nya hati aku ni. padahal dah kurang makan tapi still naik berat badan. mak pulak cakap "kalau kurang makan je tak jadi kakak, kakak kena senaman, banyak bergerak, kena buat kerja rumah lebih sikit, bukan nya tahan lapar je". masalahnya dulu mak kata, "kakak ni kena kurang makan walau macamana sekali pun, baru senang nak turun berat tu haa". hmm, like seriously aku menangis semalam, depan depan mak je, sakit sangat hati ni. dulu kawan kawan pulak tak habis habis kata "alah, kau sambung belajar nanti, mesti kurus punya, asyik berjalan je, makan pun tak sempat sebab nak buat assignment lah apa lah~" me was like"hmm, aku stress weh gemuk, bosan dah gemuk, susah hidup aku" ergh, dah lah, sakit balik rasanya hati ni bila cakap pasal berat badan

semalam aku tak online, otak asyik terfikir, "agak agaknya ada orang rindukan aku tak? syarfa ke? aiman ke? ami ke? hahaha" tapi nampak gaya macam takde siapa pun rindu aku. mana tak nya, takde pun nampak macam diorang rindu aku. ahahahaha. gelabah je kan aku ni? sehari je pun tak online, tak sempat orang nak rindu kau lah Dalily =="

eh, rasanya dah banyak dah aku merapu ni. okay lah, got to go. bye blog, kesian kau takde siapa nak baca. haha.

XOXO, Dalily :*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan