Khamis, 19 Disember 2013

Tahniah~



Assalamualaikum semua. hola holi cekebum cekebum gitu. haha

harini result PMR kakngah aku, Dayini Fitri Binti Mohd Izam dengan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A ! tahniah lah kakngah ye?

haha. sumpah aku jealous nak mati, aku tahu muka aku ketat gila time aku dapat tengok budak budak happy dapat result diorang. Ya Allah, aku betul betul tak boleh kawal emosi aku tadi, sorry to kakngah. haha. mak dah sound sound aku kenapa ayat tak redha lah, apa lah, masalahnya benda benda tu terjadi di luar kawalan aku. bila tengok kakngah berjaya aku mesti sedih, teringat kisah lama. haa. acentu katekooo

okay, first aku malu dengan kakngah. gila tak malu? dia boleh ape kes aku tak boleh? haa. gitu lah soalan aku dari dalam dewan sampai aku ada dalam rumah, last last aku basuh pinggan sambil pasang lagu untuk lupakan masalah dan soalan bodoh aku tu, benda dah lepas, nak menyesal tak guna dah, kan? haa gitu lah hendaknya.
sejujurnya aku menangis dalam kereta, sikit je lah, hahaha. terimbau kenangan lama lah katakan. gituu~ aku terbayang yang mak sedih dengan result aku dulu, kesian mak, and now kakngah dapat buat mak bangga, baguslah ((sedih woi, sedih!!)) yang pasti dalam kereta aku terbayang bertapa bahagia nya mak ayah dengan kakngah and aku terbayang yang aku duduk di sudut rumah tunduk sambil cangkung untuk saksikan kakngah ketawa gembira dengan parents aku ((seriously aku terbayang gitu -,-))

gini lah lebih kurang bayangan aku. hahaha

nampak tak ke-over-an aku punya imaginasi? gila an? hahaha. serious aku cakap, memang gitu lah yang aku terbayang ._. tapi takpe lah, kakngah dapat atas usaha dia, rezeki dia, apa apa pun aku salute and tahniah kat dia. now debaran kakngah dah hilang, tinggal debaran untuk aku tunggu result and debaran nak fikir lepas dapat result. sekarang aku berdebar jugak, tak tahu nak korek duit celoh mana. hahaha. bila lah aku nak kerja, asyik gemukkan badan je kat rumah ni -,-

tu je lah dulu setakat ni aku merapu, esok lusa kalau rajin aku merapu lagi. kalau ada typo tu mohon gelak sampai puas -,- malas nak check

XOXO, Dalily :*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan