Jumaat, 31 Januari 2014

Dalily Kerja? Oh!

Assalamualaikum semua nya. aku harini baru ni berpeluang nak updates blog. setelah seminggu bekerja. Dalily kerja? OH! tidak! mustahil nya! hahaha. believe it or not, aku sendiri pun tak percaya yang anak lembik mak ni kerja jugak akhirnya. letih sebenarnya ni *urut tengkuk*

okay lah, aku dah malas nak berselindung, actually aku kerja dobi je. nak gelak, gelak lah, taknak larang. hahaha. sebab aku sendiri nak tergelak orang yang malas dan suka bersepah ni kerja dobi. macam tak patut je -,-

okay, selama aku bekerja ni takde lagi rasanya perkara yang pelik berlaku. ada sikit je lah yang aku tak puas hati, hikhik. okay gini cerita dia~

1st day: aku dengan mak, pergi jumpa Mami (my tokey) and immediately dia suruh aku kerja. gila an? aku dengan pakai baju tak semenggah tu mula kan je lah kerja. dia blah and aku tinggal kat dobi tu dengan mak. nampak tak bertapa manja nya aku ngan mak? lol, manja dalam tak sedar. mula2 ada makcik *muka ketat* datang hulur resit barang dia. aku dengan gelabahnya selongkar bahagian pakaian basuh. mak check resit then mak kata "ni toto lah kakak, baca lah kat sini dulu" at last mak yang beri toto tu kat makcik tu. lol. tekan2 mesin duit tu taknak bukak. aku gelabah lagi, terus call Mami, Mami pun cakap acane nak bukak, then terbuka lah. malu nak mati depan makcik tu. haih. dalam petang pukul 3 gitu mak balik. nak nangis rasa. hahahaha. maklum lah, mak tak masak apa2 lagi masa tu, semata2 nak teman aku. kejam aku an? T_T then, dalam pukul 4or5 macam tu ada lah sorang abang ni datang, nak basuh karpet. aku yg first day kerja ni mana lah tahu apa2. aku call Mami lagi, tanya. macam2 aku berbalas cakap dengan abang poyo tu. aku dah tulis resit then dia kata "kalau harga tak confirm saya tak hantar lah kak" haih. sakit hati aku -,-

2nd day: getting better. takde apa2 yang menakutkan aku, tapi mak ngan yana still teman aku. lepas diorang hantar bekal kat tempat aku. takde apa yang menarik sangat. kerja pun tak banyak. aku lebih kepada termenung sebab novel nipis yang aku bawak dah habis aku baca. lol

3rd, 4th, 5th berlalu macam biasa. ada lelaki yang aku kena panggil akak, ada perempuan yang aku kena panggil abang datang tempat aku. haha. geli je sebenarnya tengok orang yang ajet2 nak tukar jantina ni. rasa nak tampar pun ada. geram aku -,- cuma setiap hari Mami datang jumpa 'adik' ni. hahah. dia panggil aku adik. macam comel je, macam cantik je. yang peliknya aku suka dia panggil aku adik. rasa macam anak bongsu. cewwah xD maklumlah, aku kan anak sulung, mana pernah rasa dipanggil adik. terasa manja jap. errr. okay, aku dah over an? okay stop xD

hari ke-6. BOSAN! bayangkan, aku datang kerja, menyapu, mengemas macam setiap hari, and ada sorang je abang sebelah kedai aku hantar baju, sikit je, then yang lain semua hantar toto bagai. fyi, dobi aku just basuh baju sahaja. i mean yang boleh guna mesin basuh yang biasa2 ni. lepastu ada sorang pakcik ni dengan standard derk dia je dia masuk and beri salam "nak bekki meseng, meseng gosok" "oh, okay, mesin gosok ada kat belakang tu cik" berejam dia tunggu situ tapi asyik gayut on the phone. sabo je lah. dalam 30minit otp, dia pergi belakang and aku follow dia, dia cakap itu ini cara guna iron tu. okay. got it!

today, hari ke-7. LETIH! semalam ada ustazah datang dengan satu beg plastik besar datang beri jubah and tudung dia suruh aku iron. bapak ah. nak terseliuh bahu aku. tapi takpe. sekurang kurangnya aku keluar peluh, takde lah macam orang bodoh je tunggu costumer datang. an an? harini betul2 hebat aku bergerak sana sini. kalau hari2 boleh kurus aku >< sooo... esok cuti! sempena raya cino. fuhh. akhirnya! dapak jugok kito cuti. buleh kito tidur lewak bangun lewak. lol. tak boleh. nanti ada orang bebel. kena bangun awal, buak kijo then baru buleh tidur balik =.="

okay lah. takat ni dulu aku merapu. kepala dah berat ni. letih campur stress campur geram campur sedih. haha. macam air batu campur pulak kan? sedapnya. dah lah dahaga sekarang ni T_T okay. got to go. love you dear readers. XOXO, Dalily :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan