Isnin, 3 Februari 2014

Cerita Harian

Assalamualaikum semua :) hola holi cekebum cekebum. okay, harini genap lah 9 hari aku kerja.

guess what. harini aku sakit perut sangat sangat. hm hm rancangnya aku nak balik awal sikit. setiap hari aku balik pukul 7 and aku ingat nak balik pukul 5 harini. sebab aku dah tak tahan sangat. tapi masa aku cakap kat Mami tu baru tengahari. masa tu sakit sangat. lagi satu, aku rasa macam Mami tak suka aku nak tutup awal. hmmm

ada pulak customer datang dia nak baju basuh tu cepat sikit siap. dah lah banyak gila! stress aku. dalam aku siap siapkan kerja aku tu, tiba tiba ada abang 2 orang datang. cuak aku. dah lah tinggi. kurus gila. aku ingat mat dadah mana datang. jahat dah otak aku time tu. hahahaha. and diorang masuk, ada abang baju hitam (A) and abang baju pas (B).
me: ye?
A: dik, nok bekki plug.
me: oh, ni haa, plug ni ada masalah. yang ni je
A: bereh eh? yang ni je? hok laing takdok masaalah eh?
me: rasanya yang ni je, takde dah yang lain. okay je semua
A: baik awok tepong Mami. tanya kot kot ade lagi yang kene bekki
me *call Mami, Mami moody : nanti Mami call adik balik"
me: Mami busy lah bang, tp setahu saya yang ni je masalah
A and B*baiki plug*
me: sebenarnya plug dryer tu kat sini *tunjuk yang abang tu baiki* tapi disebabkan dah tak boleh guna saya buat kat situ. guna plug sana.
A: guna estantion jugok?
me: haah. sebab wayar dia pendek, saya dah try tapi tak boleh
A: tok boleh gitu dik, kekgi terbakor macam lagi due ni. tengok lah tak caye
me: oh, macamana nak buat?
A: takpe, biar abang call Mami

berlakulah kerja bertukang dalam dobi aku tu. aku macam budak bodoh je perati abang2 tu buat kerja. aku tak boleh buat apa2. sebab segan nak ke hulu ke hilir and mesin2 tak boleh guna. sbb elektrik kan. setelah siap, diorang pergi ambil and beli barang barang. masa tu aku sambung buat kerja.

selepas 2jam tak silap aku, diorang datang balik. masa tu lagi lah aku tak boleh buat apa2. dengan baju custemor aku tak siap lagi, buntu aku. nasib separuh dah kering sikit. jemur je lah, takyah guna dryer. okay :)

B: awok kerja balik pukul berapa?
me: haa? err. balik pukul 7
B: bukak? pukul 10?
me: tak, pukul 9
B: gaji?
me: 30 sehari
A: tak padan tu dik. suruh Mami up lagi!
me: hehe
B: bosang ork duk sini kalu takdok keje. lain lah kalau Mami pasang wifi ke apa, ork?
me: haa, tu lah, wifi sini ada tapi orang lain punya, ada security code.
B: oh. suruh Mami masuk wifi sekali. doh lah panas, masuk ekong (aircond) pong dakpe
me*amboi, aku mintak balik awal sikit pun Mami dah merajuk, nak minta macam macam, banyak lah kau* hehe entah lah bang
A: awok rase padan dok dengan gaji?
me: tah lah, sebab first time kerja, tu pun dah selok. hehe
B: oh, first time? baru abis sekoloh ah ni?
me: haah
B: hmm *angguk angguk*

yang aku tak tahannya masa abang2 tu sibuk buat kerja, and aku jemur pakaian, abang A tu pegang paip, and terkena kaki aku. actually salah aku tapi dia beria ria minta maaf. haha. comel pulak aku rasa. kelakar xD aku dah cakap, tak sakit, takde apa tapi selok dia kata "sorry eh dik, sakit tak? abang tak perasan" haih. macam macam lah kau bang.

and berakhir lah kerja depa tadi. aku duduk je, tak bagi air pun kat diorang. sebenarnya nak sangat bagi air, tapi air takde. aku pun bawa bekal air sendiri. kesian pulak kat diorang. masa habis tu abang A cakap 'jom ah rokok sekali, minum2 metar pahtu kite bla ah" aku yang dengar ni rasa macam kena perli pun ada. haih. sentap aku! hehe

okay lah. setakat ni dulu Dalily yang comel ni nak merapu ye? hihi. nanti sambung. lol. siapa yang baca entry kau ni Dalily oiii? poyo je kau. haha. kesah? XOXO, Dalily :*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan