Khamis, 16 Januari 2014

Ujian Kelayakan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. aku lepas jugak ujian kelayakan untuk lesen motor. Allah je yang tahu bertapa berdebarnya hati aku masa aku nak buat ujian tu. tapi ujian Allah lagi besar buat aku harini. uncle yang jadi agen aku tu betul betul menguji kesabaran aku. hati aku tak henti henti memaki tapi lepas tu aku istighfar balik. ye lah, ujian Allah buat aku.

bayangkan.......

aku bangun lepas subuh, bersiap seperti biasa dan dijemput dari rumah seperti biasa. Alhamdulillah latihan motor aku berjalan lancar, dan ujian kelayakan aku pulak lulus. happy nya!

dan setelah itulah.......................... penderitaan aku bermula!

aku habis pukul 12.45pm something like that, dan aku berhasrat nak balik awal tapi mak aku tak boleh ambil kat beserah nuuu, kena suruh uncle(agen aku) hantar ke bandar.

aku: uncle, bila kita boleh balik?
uncle: tunggu lepas habis mereka berdua lah ye?
aku: *senyap, muka masam* ni mesti balik lewat ni *cakap dalam hati*

*pukul 1.15pm* *masih latihan amoi dua org tu* *azan*
aku nak solat tapi nanti uncle nak ajak balik, hmm, takpe lah, tunggu kejap..

uncle: Dalily, mari sini
aku: *muka tak redha* kenapa?
uncle: you pergi makan dulu lah, nanti uncle nak ajar you latihan motor
aku: tak lapar lah uncle, malas lah
uncle: you jangan degil, uncle ni cikgu, cikgu tahu apa yang dia cakap. nanti kalau you tak makan you susah nak masuk dalam kepala. *dan teruskan bebelan, aku buat tak care*
aku: okay, nanti saya makan.
uncle: pergi makan, jangan degil

amoi 1: lai lai, biarkan uncle, dia nak pergi jpj, mari loo, nanti dia bising lagi
amoi 2: kalau you taknak makan kita minum minum aja loo

dengan tidak semena-mena kedai habis makanan. pergi ke luar pulak kedai tutup

amoi 1: *call uncle* cong ceng cong ceng, okay? ho ho!

*uncle sampai*

pukul 2.15pm di Air Putih

uncle: you makan haa. pergi sana, ituuuu taj. nanti uncle ambil you semua
amoi-amoi: okay okay

aku dan amoi amoi pergi kedai, duit tak cukup, minum air teh o ais je lah aku....

masa tu jugak aku call mak
me: mak ambil kakak mak, kakak kat smk air putih.
mak: suruh uncle hantar kat masjid
me: tak boleh! nanti uncle bebel, dia kata dia nak test kakak, kakak dah penat lah mak *suara sebak*
mak: test apa pulak? mak tak boleh pergi sekarang, yana tak pergi sekolah lagi.
me: dia kata nak test brek emergency lah bagai. malas lah!
mak: sabar lah, buat je lah dulu. nanti senang *bla bla bla, aku dah tak dengar sebab moody* hmm, okay lah, stay je dulu. kang habis pulak kredit, assalamualaikum

pukul 3.40pm baru uncle sampai. kau bayangkan berapa lama lepak kedai makan dengan air teh o ais. amoi amoi tu makan nasi briyani kau! lapar memang lapar. tapi takde mood, takde duit, dengan berbekalkan sebuah novel dan secebis kekuatan aku tabahkan jua untuk meneruskan arus rintangan hidup *suara sebak T_T*

okay, lepas tu! kau nak tahu apa jadi? uncle yang 'pandai' tu pergi jpj pulak! Allahurabbi! aku tak solat lagi! sampai lah pukul 4.00pm dan aku sampai balik pmc pukul 4.25pm tak silap, laju je aku pergi surau, solat. habis je solat tunggu asar. lepas asar, aku tunggu uncle habis ujian kereta dengan amoi amoi tu, and then!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pukul 5.00pm
uncle: Dalily pergi bawa motor?
me: kepala hotak kau, kau yang nak test aku tadi gila! *dalam hati* tak, tunggu uncle lah tengok.
uncle: oh, nanti haaa uncle tengok you, marilah kita balik
me: !@##%$%%(*)*#@@~~!@#$%*()*%$#@!~ *mencarut dan memai dalam hati*

keluar dari pmc, pergi beli roti dia. kau bayangkan betapa sakit, pedih, tertekan nya aku masa tu. aku dengan tak makan dia boleh nak pergi beli roti. binawe punya uncle!


akhirnya aku sampai rumah pukul 6.15pm. begitulah ujian aku harini. pada mulanya happy dah lepas kelayakan, aku akhirnya balik dengan muka ketat, masam mencuka, aku lempar2 je semua barang aku iaitu kasut, tudung, beg, handphone, purse

mak: ho ho, marah mak ah tu konon?

mak tambah rasa aku nak menjerit, nak menangis, nak melenting, semuanya! Allah je lah yang tahu betapa sakitnya hati aku T_T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan