Isnin, 6 Januari 2014

Nak Pilih Course Mana?

Assalamualaikum w.t.b, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

hammbbbiiiikkkk kau~ haha. terasa semangat patriotik sebentar ._.

okay, back to the topic, nak pilih course mana? Allahu, buntu otak kawan~ dalam list 'pilihan course' aku,
1. Akaun
2. Sains Komputer
3. Statistik
4. Farmasi

baru 4 list yang terdetik di hati dan fikiran. kalau nak lebih selamat biar lah lebih2 sikit, kan? okay. terus terang aku cakap, list course pilihan ni pun bukannya berdasarkan minat semata mata, kalau nak ikut minat saje tak boleh cari makan lah aku. sekarang ni kalau nak sambung belajar aku kena intai jugak kerjaya akan datang, ye dak?

tapi insyaAllah, kalau dah belajar tu, usaha lebih sikit, dapatnya kerja yang sepatutnya dan setaraf. ye dak?

oh, aku ada tanya dan buat sedikit research pasal matriks and diploma. ada kakak-kakak cakap yang matriks agak tinggi risiko berbanding diploma. lagi lah aku ni jenis suka study last minutes, suka tangguh kerja, lagi lah tinggi risiko, kan? diploma walaupun 3tahun (lama berbanding matriks) tapi lebih enjoy belajar, takde tough sangat.

so, disebabkan info info yang aku dapat dari cikgu, kawan, senior, member dan seangkatan dengannya, aku semakin keliru, buntu dan bercelaru untuk membuat keputusan. haih. nak ambil diploma atau matriks? nak ambil course mana satu?

doa doakan lah aku semoga dapat membuat keputusan yang tepat dan benar, AMIN~ takut nak melangkah ke satu dunia yang lain. maklumlah~ masa sekolah menengah takde lah susah sangat nak buat keputusan, kan? hmmm

ini je lah dulu yang aku boleh merapu, sekiranya korang pun ada masalah yang sama macam aku, share2 lah info, pandangan dan pendapat dari kawan2, cikgu2 korang pulak. ye?

bye, Assalamualaikum. XOXO, Dalily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan